Monday, 14 September 2015

Darknesssaurus

Entri kali ni panjang. Nak baca, baca. Tanak baca, gi main Twitter ye~


Aku kena prank. Dalam sedih dan terseksa aku membawa kebahagiaan untuk roommate aku rupanya. Oh. Nak bonding. Padanlah. Takpe..
 Aku gembira jika mereka gembira ( ̄ー ̄)

Assalammualaikum dunia ( ̄ー ̄)

Prank yang mereka kenakan sangat level International. Em, tahap macam prank VIRALBROTHERS yang famous dekat Youtube tu. Jadi, kita flashback flashlight flashcard lah kejadian tadi, Walau sakit dan pedih ulu hati tanpa Gaviscon (─‿─)

Mandi. Semuanya bermula dengan mandi. Jerebu teruk sekarang ni brosis. Pagi panas, malam bahang. So, I decided nak mandi malam tu lepas Isyak. Badan berlengas rasa macam siput sedut punya lendir dah. Euwww~

Sedang aku mandi dalam bilik air yang berkabus tebal tu, oh ya! Bukan sebab shower ada option "COLD WATER" "HOT WATER" "MEDIUM" "LARGE" & etc ke apa. Bukan! Bukan! Bukan!
Jerebu. Sampai masuk dalam bilik brosis. 

Ingat kabus, baru nak acah cakap keluar asap. Acah acah orang obersee iolls.

Tak keluar asap, tak sempat tarik nafas kau tersedak. 
(Pakai mask muka dan minum air yang banyak ye) 

Aku nyeleweng ni (•ˇ‿ˇ•)-→

Back to the point ye. 

Yes. Aku mandi. Dalam 10 minit macam tu, tibatiba lampu toilet kelip2. Terang. Gelap. Terang. Gelap. Gelap. Gelap. Terang balik. Well, aku tak ambil port benda macam tu. Sebab dah biasa kena. 

Mungkin ada satu sindrom yang menyebabkan seorang bergelar manusia mengeluarkan adrenalin dengan banyak bila nampak suis lampu. Naknak lagi bila orang tengah mandi. Mungkin ? So, macam biasa aku jerit. So, it stop bothering me, 

Syukur Alhamdulillah (ノ・ェ・)ノ *hentak pintu

Lepas aku rasa, badan mula nak mengecut, aku hentikan mandian aku yang elegen dengan bauan sabun Susu Kambing tu. Aku keluar, bilik gelap. Benda pertama yang aku nampak, meja roommate aku. Dengan erotic and spooky scene, laptop dia tegar bercahaya di atas meja. 
Detikan jam, seolah-olah melengkapi suasana sepi berkabus malam tu ( ゚д゚)

"Leen!" "Leennn!" kami berdua je yang tinggal malam tu. Lagi dua masing2 busy. Nama Leen je yang terlintas dalam kepala aku masa tu. Sebab dia defendan pertama yang ada dalam bilik dengan aku !

Macam cinta aku yang tak pernah berbalas, Panggilan nama ditelan gelapnya malam. Detikan jam perlahan mengejek. Iya, aku tahu itu semua perangkap.

Aku boleh je buat bodoh bukak balik lampu. Aku boleh je musnahkan prank diorang, Aku boleh je berlagak depan diorang yang prank diorang tak jadi, sebab aku dah biasa kena.

Tapi tidak malam ni. It's repeating guys. It's again my coward and hopeless dejavu.

Darkness. Kegelapan. Halangan terbesar aku. You got my point. Darkness is my major weakness. ThankYou 💦

13 tahun dulu. Along, prank aku macam mana diorang prank aku malam tu. 
Bezanya, along gunakan patung dan kegelapan. Mereka gunakan persembunyian dan kegelapan.

 Aku tak tahu sama ada aku fobia, trauma (?) atau memang nafsu aku untuk mengalah, tapi aku pilih untuk berundur ke belakang. Masuk dalam bilik air balik. Duduk dan menangis macam si pengecut forever alone. 

Sampailah one of my kind roommate Qiqi menerangi semula bilik kecil yang pathetic tu dengan limpahan cahaya lampu pendarflour. Aku meluru keluar dengan deraian air mata yang galak keluar dan masih membasahi pipi. Hm, ayat cheesy wedges nak mampos!

15 minit dalam bilik air sambil menangis, aku tak sia-siakan. Aku pujuk diri. Aku belengu diri dengan pujukan yang langsung sekelumit tak membantu.

"Broshah kata, Darkness is an absence of light. Bangun! Bukak lampu! Settle!"
"Dalam kubur nanti, kau sorang! Kau nak nangis macam ni jugak ke?!"
"Kau orang Silat! Mana boleh orang Silat takut benda remeh macam ni?! Bangun!"
Terima kasih diri yang berani cuba memujuk si pengecut yang membelenggu diri. But, I'm defeated. Yes I am..✋✋

Brosis yang dikasihi, aku analogikan diri aku dengan mereka yang masih rugi dalam untung.

Rugi dalam untung. Aku suka ayat baru  yang aku kodkan ni. Aku takutkan kegelapan. Sedangkan aku tahu dan percaya, kegelapan bukan benda, Ia cuma situasi tanpa kehadiran cahaya.

Aku tahu kalau aku beranikan diri, aku dah tak perlu keluarkan "personaliti" aku yang perlukan perlindungan. Aku tahu, kalau aku bangun dan keluar dari bilik air dengan berani, kelemahan aku tak akan diketahui. Aku tahu.. Aku tahu.. Aku untung tapi rugi.

Aku boleh lawan tapi aku berundur. Aku untung tapi aku rugi.

Aku boleh bangun dan hindar tapi aku tunduk dan biarkan ia belenggu, Aku untung tapi rugi.

Aku boleh bukak lampu hilangkan kegelapan tapi aku tutup muka dan nangis bagai pengecut. Aku untung tapi rugi.


Allah beri nikmat nyawa tapi aku matikan, aku untung tapi rugi.
Allah beri nikmat agama, tapi aku kufur, aku untung tapi aku rugi.
Allah beri nikmat harta, tapi aku boros, aku untung tapi rugi.
Allah beri nikmat maruah, tapi aku cemari, aku untung tapi rugi.



Brosis, nampak ke analogi yang cuba aku sampaikan.
Aku boleh lawan darkness tapi aku biarkan dia memeluk diri, aku untung tapi rugi.

Sama macam kita sekarang brosis. Allah banyak tunjukkan teguran, bala, bencana kerana sayang, tapi kita friendzonekan Allah, kita untung tapi rugi. Jangan sampai satu saat tanpa taubat, Allah beri kita istidraj. Masa tu, kita JACKPOT tapi BANKRUPT.

Kejadian malam ni, cukup. Cukup untuk aku create satu analogi sendiri. Terima kasih kawan. Seriously.

Aku ulang.
Kita, "rugi dalam untung". Kita memang sedang"rugi dalam untung"

So, ending kisah prank aku malam tu penuh dengan pengajaran. Leen pujuk aku, ini team-building. Bina kekuatan. Lawan kegelapan.

Thank You Leen. Awak deeplah malam ni ( ͡° ͜ʖ ͡°)

So, ayuh bina kekuatan. Elak rugi dalam untung brosis.

Salam tidur bawah lembayung cahaya pendarflour panas panas brosis.
Rileks, lepak dan berubah kerana kita hebat !✌️✌️

Assalammualaikum ✌️✌️


Tuesday, 1 September 2015

Friendzonenisaurus

Filosofi aku nak menulis entri ke moment ke biar 12 malam ke atas. Sebab masa2 gini masa2 hantu keluar. So bila seram, kita akan tak keruan nak menulis dan kita akan tulis apa yang kita nak. Hm. Seram. Masa nilah tetiba kita akan jujur. Assalammualaikum 👋 

👆
Yeah! Takde kene mengene ( ̄^ ̄)

Kita menulis ikut konsep tajuklah. Haha. ( ̄ー ̄)Jump to the topic teruslah ye. Seram ni.
Tiba2 rasa nak bukak pekung di dada pasal friendzone ni haa.

Aku ada kawan yang suka confessed secara indirectly dekat seseorang. Kesudahan dia? Dia kena friendzone <( ̄︶ ̄)>

Aku ada kawan yang dia dah reserved hati dia untuk si special. Kesudahan dia? Dia kena friendzone jugak <( ̄︶ ̄)>

Aku ada kawan yang dia buat istikharah mencari jodoh. Cukup 15 hari mimpi orang yang sama. Kesudahan dia ?

Yes! Friendzone jugak. Kesian sangat. Sangat kesian. Kalau aku nak cerita dekat sini, memang akan nampak si lelaki yang salah. Tapi selagi kita rasional dan profesional kita akan judging based on akal. Bukan nafsu dan racist on gender.

Ewah! Ayat counselour UiTM (; ̄ー ̄)

Kawan aku indirectly confessed dekat si lelaki, si lelaki sedar tapi masih ego dan move on kehidupannya seperti biasa.

Kawan aku reserved hatinya untuk si jejaka bunga ditangan, siapa yang cuba mengetuk pintu hatinya, diterajang sisi. Dikecewakan hati. Si jejaka yang dah direserved kan hati ni, masih move on dengan kehidupannya.

Kawan aku istikharah, dan dah malam keliwon ke-120 bermimpikan orang yang sama, yang disukai, yang diindirectly confessed, yang direservedkan hatinya. Si jejaka masih tak tahu dan move on dengan kehiduppannya yang indah tanpa sebarang bebanan.

Brosis, sedihnya kawan aku yang tersayang ni apabila dia stalk laman sosial si jejaka dan ditangan si jejaka ditag dengan nama perempuan lainnn !!

Fuhh~ Dari skop pandangan aku yang berkanta 390++ power rabun jauh ni taklah besar mana masalahnya. Alah! Masalah tag je pun.

Tapi brosis, aku lupa pulak. Ini masalah hati. Perasaan. Jantung. Limpa dan hati lembu masak kicap.
Hek Hek Hek! Bila kita nak kompromi masalah dengan hati ni, Allahu. Seksanya dia tu. Allah sahaja tahu. Kerana Dia yang mencipta segumpal daging controller seluruh badan ni. Baik jasmani, atau rohani.

Betul tak brosis. By hati lah, si bukan Islam tahu Islam ini yang terbaik. By hatilah, Allah bagi kita chance nak bertaubat. Pintu HATI itu, Allah punya. Pokok pangkal nya semua Allah punya.

Bila hati dah suka, kawat duri macam Jambatan Tamparuli. Bila hati dah suka, lalang melambai macam bunga dandelion. 

Bila hati dah luka, kau makan Twisties rasa bersalah. Bila hati dah luka, tengok MaharajaLawak pun kau boleh nangis tetiba sebab tak puas hati tengok baju AC Mizal nu haa.

Hebatnya pengaruh hati pada manusia ni. Tapi kalau kita letakkan hati selaras dengan anggota kita yang paling tinggi, tak akan timbul masalah halusinasi kronik seperti diatas.
 ( ̄ー ̄)ゞ
Brosis, suka aku nak petik pesan guru aku, disampai melalui penyelia kelas zahirnya, tetapi abang secara halusnya.

Dia kata ☝️

" YM pernah kata, buat kerja ni jangan sangat-sangat. Suka, bila suka jangan sangat2. Benci, bila benci jangan sangat2. Takut bila suka sangatsangat jadi benci. Susah. Takut, bila benci sangatsangat jadi suka. Parah pulak"

Okay, yang parah tu aku tambah. Swear ✌️!

Betul brosis. Tu yang tiba2 masalah friendzone tu. Kita suka sangat. Dia pulak biasa ja. Hm. Sekali friendzone kau 👊👊! Apa apa hal pada kita sendiri.

Synchronized kan akal dengan hati. InshaAllah. Rasional dan profesional lah diri kita untuk berfikir dan bertindak sebagai manusia yang cuba untuk menjadi sempurna. Barulah tiada racist gender seperti
"Jantan tak guna!" "Perempuan gatal!" "Lelaki playboy bukan suamiku!" akan berlaku.. 

👆
Ewah, ayat Caunselour UiTM 2.0 

Bukan kawan aku je yang pernah lalui peringkat kematangan mengenal cinta ni.
Aku ni takdelah lawa sangat. Tapi adalah ghupa untuk mamak bagi diskaun dua posen bila tak cukup nak bayar roti canai dengan Milo Panas. Hmmmm.

Pernah lah terjebak dengan sindrome SANGAT2 ni. Aku suka sangaaat. Crush lama sangat. Conteng nama dekat buku.  Last2, malam semalam baru aku sedar, aku dah kena friendzone ni. 

Nak sedar kita kena friendzone ke tak, bila conversation goes like this. Dia layan kau macam kau special. Kita baru nak mengorak langkah sikit tetiba ..

"Iye ke rindu ni Mann? Iye ke Mann ?"
"Kemon bro! Ni Man Belon laa"

Hm. -.- Bila dia bro kan kau tetiba. Bila dia gelak Kah! masa kau cuba nak confessed. Bila dia kata "Kawan Selamanya". Bila dia save nama kau dengan ada nama sekolah kat belakang. Contoh, TERU SMK Sudip. Bila dia kata, dia nak layan permaisuri lain.  AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Sedihnya aku --

Terima kasih and full of high thanked untuk sahabat aku benarkan aku public kan cerita dia ni. Alhamdulillah sudi share pengalaman. (Ceh, ayat cover baikkk)

Brosis. Ingat! Jangan sangat2. Wasatiyah. Sederhana. Hahahaha! Aku pun. Haaa. 

So, Salam Kesederhanaan berbumbungkan angkasa kelabu brosis 👐!
Jangan lupa chill. Sebab kita hebat 👐!

Assalammualaikum.