Filosofi aku nak menulis entri ke moment ke biar 12 malam ke atas. Sebab masa2 gini masa2 hantu keluar. So bila seram, kita akan tak keruan nak menulis dan kita akan tulis apa yang kita nak. Hm. Seram. Masa nilah tetiba kita akan jujur. Assalammualaikum 👋
👆
Yeah! Takde kene mengene ( ̄^ ̄)
Kita menulis ikut konsep tajuklah. Haha. ( ̄ー ̄)Jump to the topic teruslah ye. Seram ni.
Tiba2 rasa nak bukak pekung di dada pasal friendzone ni haa.
Aku ada kawan yang suka confessed secara indirectly dekat seseorang. Kesudahan dia? Dia kena friendzone <( ̄︶ ̄)>
Aku ada kawan yang dia dah reserved hati dia untuk si special. Kesudahan dia? Dia kena friendzone jugak <( ̄︶ ̄)>
Aku ada kawan yang dia buat istikharah mencari jodoh. Cukup 15 hari mimpi orang yang sama. Kesudahan dia ?
Yes! Friendzone jugak. Kesian sangat. Sangat kesian. Kalau aku nak cerita dekat sini, memang akan nampak si lelaki yang salah. Tapi selagi kita rasional dan profesional kita akan judging based on akal. Bukan nafsu dan racist on gender.
Ewah! Ayat counselour UiTM (; ̄ー ̄)
Kawan aku indirectly confessed dekat si lelaki, si lelaki sedar tapi masih ego dan move on kehidupannya seperti biasa.
Kawan aku reserved hatinya untuk si jejaka bunga ditangan, siapa yang cuba mengetuk pintu hatinya, diterajang sisi. Dikecewakan hati. Si jejaka yang dah direserved kan hati ni, masih move on dengan kehidupannya.
Kawan aku istikharah, dan dah malam keliwon ke-120 bermimpikan orang yang sama, yang disukai, yang diindirectly confessed, yang direservedkan hatinya. Si jejaka masih tak tahu dan move on dengan kehiduppannya yang indah tanpa sebarang bebanan.
Brosis, sedihnya kawan aku yang tersayang ni apabila dia stalk laman sosial si jejaka dan ditangan si jejaka ditag dengan nama perempuan lainnn !!
Fuhh~ Dari skop pandangan aku yang berkanta 390++ power rabun jauh ni taklah besar mana masalahnya. Alah! Masalah tag je pun.
Tapi brosis, aku lupa pulak. Ini masalah hati. Perasaan. Jantung. Limpa dan hati lembu masak kicap.
Hek Hek Hek! Bila kita nak kompromi masalah dengan hati ni, Allahu. Seksanya dia tu. Allah sahaja tahu. Kerana Dia yang mencipta segumpal daging controller seluruh badan ni. Baik jasmani, atau rohani.
Betul tak brosis. By hati lah, si bukan Islam tahu Islam ini yang terbaik. By hatilah, Allah bagi kita chance nak bertaubat. Pintu HATI itu, Allah punya. Pokok pangkal nya semua Allah punya.
Bila hati dah suka, kawat duri macam Jambatan Tamparuli. Bila hati dah suka, lalang melambai macam bunga dandelion.
Bila hati dah luka, kau makan Twisties rasa bersalah. Bila hati dah luka, tengok MaharajaLawak pun kau boleh nangis tetiba sebab tak puas hati tengok baju AC Mizal nu haa.
Hebatnya pengaruh hati pada manusia ni. Tapi kalau kita letakkan hati selaras dengan anggota kita yang paling tinggi, tak akan timbul masalah halusinasi kronik seperti diatas.
( ̄ー ̄)ゞ
Brosis, suka aku nak petik pesan guru aku, disampai melalui penyelia kelas zahirnya, tetapi abang secara halusnya.
Dia kata ☝️
" YM pernah kata, buat kerja ni jangan sangat-sangat. Suka, bila suka jangan sangat2. Benci, bila benci jangan sangat2. Takut bila suka sangatsangat jadi benci. Susah. Takut, bila benci sangatsangat jadi suka. Parah pulak"
Okay, yang parah tu aku tambah. Swear ✌️!
Betul brosis. Tu yang tiba2 masalah friendzone tu. Kita suka sangat. Dia pulak biasa ja. Hm. Sekali friendzone kau 👊👊! Apa apa hal pada kita sendiri.
Synchronized kan akal dengan hati. InshaAllah. Rasional dan profesional lah diri kita untuk berfikir dan bertindak sebagai manusia yang cuba untuk menjadi sempurna. Barulah tiada racist gender seperti
"Jantan tak guna!" "Perempuan gatal!" "Lelaki playboy bukan suamiku!" akan berlaku..
👆
Ewah, ayat Caunselour UiTM 2.0
Bukan kawan aku je yang pernah lalui peringkat kematangan mengenal cinta ni.
Aku ni takdelah lawa sangat. Tapi adalah ghupa untuk mamak bagi diskaun dua posen bila tak cukup nak bayar roti canai dengan Milo Panas. Hmmmm.
Pernah lah terjebak dengan sindrome SANGAT2 ni. Aku suka sangaaat. Crush lama sangat. Conteng nama dekat buku. Last2, malam semalam baru aku sedar, aku dah kena friendzone ni.
Nak sedar kita kena friendzone ke tak, bila conversation goes like this. Dia layan kau macam kau special. Kita baru nak mengorak langkah sikit tetiba ..
"Iye ke rindu ni Mann? Iye ke Mann ?"
"Kemon bro! Ni Man Belon laa"
Hm. -.- Bila dia bro kan kau tetiba. Bila dia gelak Kah! masa kau cuba nak confessed. Bila dia kata "Kawan Selamanya". Bila dia save nama kau dengan ada nama sekolah kat belakang. Contoh, TERU SMK Sudip. Bila dia kata, dia nak layan permaisuri lain. AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Sedihnya aku --
Terima kasih and full of high thanked untuk sahabat aku benarkan aku public kan cerita dia ni. Alhamdulillah sudi share pengalaman. (Ceh, ayat cover baikkk)
Brosis. Ingat! Jangan sangat2. Wasatiyah. Sederhana. Hahahaha! Aku pun. Haaa.
So, Salam Kesederhanaan berbumbungkan angkasa kelabu brosis 👐!
Jangan lupa chill. Sebab kita hebat 👐!
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment