Tuesday, 16 February 2016

Madanisauruss

Assalammualaikum.

Hi Its good to be back. This past few months terlalu banyak benda, kejadian, penampakan, kelibat, perkara dan segala kata sinonim dengan peristiwa telah berlaku. Aku saja nak nampak berilmiah lagi tawadduk dengan mengeluarkan kata2 sinonim yang pernah aku baca di papan kenyataan section Bahasa Melayu masa Tingkatan Dua dulu. Benar kata guruku,


"Apa yang awak belajar di sekolah ni, awak jangan ingat awak takkan bertemu dengan 'diorang' bila awak dah masuk U nanti, bila awak dah belajar tinggi nanti" (Cikgu BM, 2012)
Alhamdulillah cikgu, jodoh saya dengan 'diorang' tu panjang ☺️ Cikgu, andai sahaja cikgu faham dan mengerti. Bukan sahaja jodoh saya dengan 'diorang' kuat. Malah, turut ada orang ketiga yang cuba mengganggu gugat hubungan kami yang till Jannah ni.

Aku cuma nak sampaikan dekat sini.

Makin meningkat tahun Masihi di kalendar Kuda, makin maju sekeliling kita.
Makin meningkat usia kita, makin bertambah kedut dan liang pori terbuka di muka kita.
Makin menigkat tahun Hijrah di kalendar percuma Pusat Zakat Negeri, makin bertambah pengikut ajaran penentang Ahlil Sunnah Wal Jamaah.

Ini bukan kajian yang aku buat. Ini cuma pemerhatian kosong dari seorang pelajar terhadap kehidupan sebagai manusia asing 🙏. 

Betapa bangganya penduduk Negara andai negara mancapai objektif sebagai negara moden, membangun, maju dan terbaik di kalangan negara yang lain.

Ya. Itu sangat bagus and infinte best.

Macam mana kalau aku cakap sahsiah dan mentaliti kita tetap sama ? Semoden mana pun negara ini, "dia" tetap terpaksa melindungi rakyat2 yang tak pernah menyokong dia. Rakyat2 yang mentaliti keanak-anakan, rakyat yang sering berbalah sesama manusia, rakyat yang suka berlagak pandai. Out of the worst, rakyat yang tikam belakang.

Mereka yang muda terlalu mengikut pandangan si tua. Percaya, dan perbalahan.
Mereka yang tua konon terlebih makan garam, merasakan keputusan mereka sentiasa betul. Ikut, dan perbalahan.

Salah ? Pendapat aku salah ? Okay, takpe. Pendapat tak ada yang pernah salah.
Even extremist adalah keputusan dari pendapat. Penilaian manusia yang rasional untuk memilih, menentukannya sahaja 👍

Salah pemimpin ? Of course, its always salah manusia lain. Jangan risau 💪

Salah kerajaan ? Of course, lagi sekali. Its alwaaaayyyyyysss salah mereka yang memimpin. Takpa. Takpa 💪


"Kadar statistik dakdak baru nak up menghina pihak pentadbir semakin meningkat. Kadar ini ditentukan melalui satu kajian mengenai skop 'Belia di Media Sosial'. Tahap kehinaan hinaan berdasarkan media sosial yang mereka ceburi. Makin coghok2 media sosial tersebut, maka makin hinalah pihak pentadbir di hina. Antara media sosial yang disukai adalah, Wechat. Sekian"
(Berita Beriya,2016) 
Siapa diriku-Ayda Jebat, menyedarkan aku. Siapa aku nak mengulas kata2 orang tua dan menyuruh mereka buat itu ini. Sedangkan aku, darah tinggi pun takda sebab terlebih makan garam. Aku lebih suka nak seru dakdak segenerasi aku ni.

Come on. Mungkinlah akan ada yang tetiba terjumpa blog gersang aku ni. Mungkin akan ada yang berkata "pro kerajaan ni", "eleh dah kena rasuah ni", "eleh, sebab minat KJ ah ni! Aku memang minat beliau, so what" "eih, dakdak politic nowadays". Sebab nampak bias en penulisan kali ni. Ke bebiasa ? Entahlah. 

Cakaplah apa nak cakap. Aku cuba menjadi rasional dengan segala tohmahan kurang bijak tu 👌

Aku tak sebijak ahli falsafah yang banyak teori mereka boleh keluarkan. Aku tidak seradikal ahli fakta yang banyak fakta mereka simpan. Tapi lately, aku mula bertindak dengan kata2


"Jangan diukur apa yang kerajaan buat untuk kita, tapi ukur apa yang kita DAH  buat untuk NEGARA"
Aku disedarkan dari pelbagai pihak dan agensi (Peh, agensi bak hang 😔) Sampai macam tu sekali eh.
Kerana aku dah mula sedar, aku lah permata yang dicari. PUIH!

Sebab golongan aku, sebaya aku, dan belakang2 kami yg seterusnya, kami yang akan mula menerajui pucuk kepimpinan negara. Kami yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara. Kalaulah, mentaliti dan sahsiah masih berada di dalam tong dram, bagaimana negara nak moden sebetul betul moden!

Mohon laluan yang Berhormat. Ehem.

Haha. Andai sahaja setiap belia tahu bahawa mereka adalah suara paling majoriti. Dan setelah mereka tahu, mereka akan gunakan peluang itu sebaik mungkin 💢

Di dalam cengkerang kacang (In a nutshell), sentiasa. Penulisan ini, untuk aku, dan diri sendiri. Peringatan, memorandum (?) dan memo hidup. Kalau aku buat benda benda yang aku tulis dalam ni, ada orang yang boleh sedarkan silap aku melalui penulisan ini.

I dig my own grave 🙇

So, mari membina mentaliti yang sejajar dengan kemodenan negara.

Assalammualaikum ✨



No comments:

Post a Comment